BUDAK2 BAEK

Thursday, July 2, 2015

Renungan - Tidur selepas subuh

Assalamualaikum w.b.t



Haaa ramai rata2 tahu tak elok tido lepas subuh ni tapi masih ramai yang jadikan benda ni satu amalan seharian. Ni perkongsian dan peringatan bersama. Hmmm aku pun selalu gak tido lepas subuh ni. Haihhh. Rasa rugi sangat sangat dan malu ngan Allah. Kita nak rezeki mintak denganNya tapi waktu terbuka pintu rezeki eh boleh pulak buat sombong. Allah turunkan rezeki, rahmatnya setiap pagi tapi boleh pulak menolak dengan tido. Maluuuu sangat.

Ni aku sharekan apa yang aku tahu sebabnya larangan tido lepas subuh ni dan cara yang boleh diamalkan bagi elakkan diri sambung tido lepas solat subuh, insyaAllah mudah mudahan sedikit sebanyak dapat membantu kita semua.



Antara pendapat2 ulama mengenai tidur selepas subuh :

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :

“Dimakruhkan tidurmu (wahai mukallaf) selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.



Potongan ayat Quran :


“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).                 
                                                                                                         – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)



Sedang Nabi SAW melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
                                                                                                             (Diriwayatkan al-Baihaqi)




Kalau dah mintak itu ini ngan Allah, duit tetap kering, fikiran duk serabut fikirkan pasal tak cukup duit, hati tak tenang so tengok balik amalan kita lepas subuh. Apa yang kita lakukan lepas solat subuh. Tepuk dada tanya iman. T_T Jom sentap berjemaah. Huaaaaaa

 Okei *lap hingus* ni salah satu cara nak bagi kita elakkan dari tido lepas subuh. Haaa apa yang korang perlukan, tak kesah la sampul ke botol ke bekas kuih ke asalkan boleh muatkan duit sen/ringgit.heee 


Kita tetapkan denda. Yee denda bayaran jika TERtido lepas subuh. Bukan denda sesaje je letak duit dalam sampul/bekas okei dah boleh sambung tido duk pikiaq duit tu simpan2 duit aku jugak, boleh je nak guna nanti. Lepas tu tarik selimut, krohhh krohhh. -_-' Bagi je penampo sedas dua mungkin masih mamai gamaknya. 

Haa lepas tu, label laa beso2 ayat psiko sikit contohnya 'Padah tido lepas subuh, rezeki ditarik' Errr psiko ke?? -_-" Hmm boleh la, contoh je ni.hee Duit tu jugak incase la TERlelap kan (sebab dah jadi kebiasaan), masa nak letak dalam sampul/bekas tu niat sedekah seikhlas hati dan bermuhasabah la jgn ulangi amalan tu lagi.

Okei, cuba bayangkan bayaran tu umpamanya rezeki kita. Makin banyak kali kita tido lepas subuh, makin banyak rezeki kita ditarik. Haaa macam tu la jugak rezeki kita dari Allah. Lebih kurang la kan, faham tak? Ke terbelit ayat aku ni.hmmm

Dari situ boleh membantu kita mengawal nafsu tido dengan ada rasa takut, malu dan muhasabah diri. Setiap hujung bulan check sampul/bekas. Kalau ada segeralah muhasabah dan usahakan kurangkan jumlah atau lagi baik kosongkan sampul/bekas tersebut untuk bulan seterusnya.

Bagi yang susah nak lawan, apa salahnya kita ubah slow2. Jangan sesekali berputus asa dan sentiasa berdoa padaNya. InsyaAllah niat yang baik dipermudahkan. :)



Sama2 kita beramal.
Sharing is caring. :)
Thanks for reading this entry!



No comments:

Post a Comment