BUDAK2 BAEK

Tuesday, August 9, 2011

Tips - rawat patah hati

Assalamualaikum...



hai sumerrr..
hari ni nak kongsi sikit berkenaan dengan tips untuk kembali bertenaga setelah mengalami kekecewaan. 
ada sesetengah orang kecewa sehingga tidak lalu makan.
ada juga kecewa, tetapi demi menyenangkan hati sendiri makan tanpa henti. hmmm...




kedua duanya memberi kesan ke atas kesihatan tubuh badan anda dan juga bukan satu tindakan yang bijak. akhirnya diri sendiri yang merana.
tubuh semakin kurus atau mungkin semakin berisi. korang pilihlah yang mana korang berkenan. memang ramai yang akan memilih tubuh semakin kurus kan, (bajet nak diet) tetapi adakah anda tahu atau pura pura tidak tahu (sebab nak kurus punya pasal) bahawa jika mengalami kekurusan sebegini ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan diri anda. walaupun badan kurus cekeding tetapi perasaan kecewa or patah hati itu akan tetap menyelubungi diri anda dan membuatkan minda tidak fokus, badan tidak bermaya dan hati tetap tidak tenteram yang mana hanya menambahkan lagi kesengsaraan diri okei.


so, korang janganlah terlalu ikutkan perasaan yer. kecewa tidak bermakna korang akan kecewa untuk ke sekian kalinya. korang bangun jangan duduk dan motivasi diri. cuba membuat sesuatu yang bertenaga, bersedia untuk menjalani diet menyihatkan dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan korang seterusnya okei? OK !


0oryte..
disini saya selitkan beberapa jenis makanan sihat yang kaya gizi yang membuat tubuh berasa senang walau sedang patah hati. hee :) (saper saper yang tak tahu maksud gizi tu sila rujuk kamus dewan edisi ke-3 muka surat 407.. muahehe) jahat duh..
okei kei. sambung baca.



1. Sup Sayur
semangkuk sup sayur yang hangat dengan sayur-sayuran akan membuatkan tubuh lebih nyaman, rileks dan pastinya lebih sihat. korang boley campurkan pelbagai jenis sayur, terutama sayuran berwarna-warni kasi santek itu hidangan and lebih menyelerakan duh..


2. Coklat Buatan Sendiri
mesti korang sumer tahu nak buat coklat buatan sendirik bukan.(gaya angkat turun kening)
APA tak tahu?(gaya kening terangkat tak turun turun ) huh, senang jer. kalau tak tahu, pegi mitak tolong dengan incik google,  dia mesti ada cara cara nak buat coklat buatan sendiri. jangan mitak tolong buatkan sudah. tapi pastikan korang pilih coklat gelap atau coklat pekat supaya dapat memenuhi keperluan protein dan kalsium korang. sekurang kurangnya, korang dapat menenangkan hati, sambil dapat mengalihkan perhatian kan? hehe.


3. Yogurt
kenapa yogurt? kenapa bukan aiskrim jer?
ok. berbanding aiskrim, ada baiknya korang pilih yogurt untuk membantu memulihkan perasaan sedih.
tapi kenapa?? kerana yogurt dapat membantu melancarkan pencernaan tubuh, menjadi sumber kalsium dan zat yang lain. lagipun, korang takkan rasa bersalah setelah memamam yogurt berbanding korang mamam aiskrim yang sememangnya terkenal dengan keTINGGIan keKALORIannya. so, ada baiknya korang pilih yogurt. :)


4. Buah Buahan
okei, yang ni last. korang pastikan dalam peti sejuk korang mesti ada stok buah buahan. korang potong kecil kecil dan jadikan ianya salad untuk korang nikmati di saat korang patah hati or kecewa. misalnya, sambil menonton televisyen, korang boleh menikmati hidangan ringan yang menyihatkan. lebih baik daripada korang makan kerepek or kuih muih yang manis or aiskrim or sebagai bagainya bukan? hmm.



so so korang, pilihlah jalan yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita. bukannya memberi keburukan semata mata untuk menenangkan hati yang retak ini. (kalau retak boleh ajer ditampalnya plaster dan sapu minyak gamat sikit konpem sembuh. huahuahua, cuma kalau patah itu yang susah sikit iyer) heehee..



itu ajer tips hari ini. lain kali kalau ada tips tips lain boleh lah dak blur share share dengan korang sumer yer. sharing is caring. caring is loving. :)



Thanks for reading this entry.

Thursday, February 10, 2011

Tips - penjagaan makanan

Assalamualaikum.



Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua.

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main makan aje. Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU -Contohnya - KOKTEL



# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dgn membuat
amalan spt:-


  • Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Sabda nabi ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan pahala kepadanya.


Thanks for reading this entry.