BUDAK2 BAEK

Friday, October 16, 2015

Kambing bakaq pedas, murah gila bak hang area Klang, Selangor thorbaikkkk!

Assalamualaikum w.b.t



First entry 2016. Rindu wuuu nak berblogging. Sekarang ni aku dah tahun 3 pelajar Bac. Sains Pertanian kat UPM ni. Kejap gila rasa masa berlalu. Masa handle budak first year orientasi terasa cam baru semalam aku masuk kolej ni. Tahun depan bulan 9, dah graduate dah haa. Mesti rindu gila zaman uni ni T_T sobs sobs. Hmmm tahun 3 ni pun still sama asyik busy je memanjang cik thighoh ni.huhu Tapi better sikit ar dari tahun lepas perghhhh sakit wuuuuu taknak ingat dah tapi susah nak lupakan jugak haih. Biasa la kan dalam hidup ni takde pahit masam tak best gak kannn. Terpulang pada kita la cemana nak telan hadam semua tu. Ergghhhh yg tu tak bestnyaaaa ><

Tapi serious ar banyak gila gila kenangan life as uni student ni. Rugi wooo kalau duk uni just mereput je dalam bilik study doplohpat jam tak join apa2 aktiviti rugik gilak hakak habak. So, sementara waktu adik2 ada masa ni mahu pun first, second, third or final year dah, manfaatkan lah masa korang gunakan sebaik mungkin apa yg korang agak2 tak pernah buat, tak pernah join, terasa nak buat tapi malu2 macam terserempak ngan crush, and apa2 je yg korang rasa benda tu berfaedah setelah menghitung, menilik, membuat anggaran yang mana patut. Cehhhhhhh nasihat cam dah gradute bak hang.hahaha 

Okeke back to topic agenda utama yang aku nak share ngan korang hahaha pendahuluan atas tu takleh blah tapi tu pendahuluan yg memang failed la kalau buat karangan BM ni mahu kena cepuk ngan cg BM aku ni. Terpesong 360 darjah dari apa yg tajuk nak.hahaha

Okei guys, dah dah aku ni bila merapu memang susah nak stop haih. Haaa kambing bakaq. Ni aku nak share satu kedai ni perghhhh kambing bakaq dia memang terbaik dari ladang ar dengan pedas dia tahap mengalir air mata 7 perigi pun melimpah ruah tak cukup kawah nak tadah (amboih perumpamaan takleh blah.hahaha) Sedap woooo dengan harganya tak percaya kena bayaq banyak tu je, aku cam like seriously?! banyak gila kuttt kambing tu. Memang rasa berbaloi sgt ar even agak jauh sikit dari tempat aku kat Serdang ni yang makan masa hampir sejam la jugak nak sampai nasib tak sesat Miss Waze kan hado weewiittt.hehee

Tapi malang sekali disebabkan kerakusan ketidaksabaran aku nak meratah daging2 kambing yang empuk juicy tu aku lupa nak tangkap gambaq -_-' aku ni kalau dah nampak makanan depan mata phone memang letak tepi ar hahaha haih at least tangkap la sekeping dua dulu ye dok. Nak share sgt katanya kannnnn.huhu

Ni aku boleh share lokasi ngan sikit2 gambo yang aku dapat dari hasil Pakcik Google.ngehehee
Lets chekidaup pewpurlls! (ohmyenglish)


 
Ni dia sepinggan kambing bakaq. Kalau amik set ngan nasi putih sepinggan RM9.00


Ni kalau yg jenis perut kecik boleh bahagi dua beli satu set je. Nasi ngan kambing melambak. Harga sangat berbaloi. *thumbs up*

 
 
 Nampak je signboard ni belah kanan tu je dah nampak warung tu.
 
 
 
Ni suasana belah malam. Aku pegi siang. Hasil google yang ni nampak sikit suasana warung tu. Warna kuning tau haa dari jauh dah boleh nampak kalau siang la.hee



Aku sangat recommend kedai ni kalau sape2 yang teringin nak makan kambing bakaq puas2 pedas2 fuhhh ini lah tempatnya. And kedai dia macam warung kat kg biasa tu je, tempat makan pun takde la besar sgt sentiasa penuh tengok hari jugak weekend biasa penuh. Ada tempat parking tapi kalau hujan agak lecak la.

Alamat : Jalan Kasim, Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia
Telefon : +60 14-636 0349
Masa dibuka : 11:00pg–12:00pg
 
Aku sediakan sekali ngan alamat. Senang je pakai waze haa. Hari tu aku pegi pun waze je tak sesat pun.hehee Btw, kredit pada gambar2 yang aku amik dari hasil Pakcik Google.ngehehee
Okei tu je, bye korang. Next time aku share lagi tempat makan yang menarik, harga berpatutan and confirm tak rugi korang pegi sana.

No comments:

Post a Comment