BUDAK2 BAEK

Thursday, July 2, 2015

Tips - kulit bersih, segar dan cantik

Assalamualaikum w.b.t



Meh nak share sikit. :)

Tetiba nak share tips penjagaan muka pulak.hehee Semua ni aku dah biasa buat la tapi tak berapa nak istiqamah sangat buatnya. So, hasilnya sekejap je lah merasa kulit muka flawless bebas jerawat, jeragat, minyak, black pore, white pore semua bagai. Tapi so far mempraktikkan cara2 ni Alhamdulillah mesti tak nyesal punya korang buat. Senang je. Yang susah2 cerewet bagai aku pun malaih nak buat.hahaa. Kulit aku ni memang jarang sangat la naik jerawat, jeragat pun takde. Cumanya kulit aku sensitif gila ngan sinaran uv panahan cahaya matahari ni. Memang 5 minit kena panaih, terus burn teruk. Lepas tu susah pulak nak kembali pada kulit asal. Hampeh tol. -_- Aku ni dah la tak suka guna sunblock.hoho

Okei dah. Dari biar aku duk merapu lagi, meh usha cara selamat, jimat dan berkesan berdasarkan pengalaman iolls sendiri.hehee


First sekali, aku selalu amalkan MINUM AIR KOSONG banyak2. Nak lagi bagus minum air suam. Sekarang ni aku amalkan 3 liter sehari minum ayaq kosong ni. Bukan setakat kulit segar, dapat kuruihkan badan jugak tau. Seriouslyyy *bulatkan mata* Cuma tak tahannya kerap ke tandas la . Nak kurang kekerapan tu exercise la kejap bagi peluh2 toksin dalam badan keluar.hee

Okei next, yang ni aku selalu jugak amalkan time kulit muka burn SAPU PUTIH TELUR KAT MUKA. Mula2 tu memang la tak sanggup yelaa dah nama telur, mentah pulak tu. Bau dia perghhhh. Kurang sikit dari bau tenuk (macam pernah pulak aku p hidu bau tenuk sebelum ni) Tapi bila dah biasa, takde feeling busuk2 dah time sapu kat muka. Haaa part yang bestnya kan, lepas cuci muka yang tertempek telur tu. Rasa lembab, licin, tegang je muka iolls.Kalau nak lagi berkesan buat masker dengan tisu. Tempek kat muka tisu yg dicelup telur putih then tunggu sampai kering lebih kurang 30 minit baru tarik slow2. Yang ni kalau burn sampai berkuping memang menjadi ar. Tisu tu potong la kecik2 dulu tau. Tak besar sgt tak kecik sangat. Sedang2 je.hee

Haa ni satu lagi tips yang sangat berguna. Amalkan gaya hidup sihat, jom BERSUKAN!! Yezza, perbanyakkan bersukan yang dapat mengeluarkan peluh. Cuba kita tengok atlet2, kebanyakannya muka diorang semuanya licin bebas dari jerawat. Sebab time bersukan, peluh2 kekotoran dalam badan semua keluar. Then, masa berpeluh tu lah kita sental2 sikit muka tu buang daki2 and kekotoran.

Tips tambahan petua tradisional :

1) Buat masker KOPI CAMPUR MADU. Sapu kat muka, tangan, kaki semua boleh. Yang ni untuk tanggalkan kulit mati. Biarkan 20 minit, then masa basuh tu sental2 sikit. Hasilnya kulit akan rasa lebih lembut. Kira ni ganti scrub la. Best buat mask ni. Memang rasa kulit tu licin bak putih telur rebus yg baru dikupas kulit. Cehhh perumpamaan takleh blah.hahaha

2) Masker LEMON CAMPUR MADU. Yang ni nak hilangkan burn muka boleh, bagi kulit muka sekata pun boleh. And selama aku buat hasilnya sekejap je dah nampak. Time aku giat bersukan dulu2, burn habis muka sampai kawan aku tegur muka gelap gila then balik je bilik terus buat masker ni. Aku ingat lagi dua kali aku sapu kat muka. 10 minit je setiap sapuan. Keesokkannya p kelas, kawan aku yg cakap muka aku gelap tu terkejut jugak la, dia cakap tak segelap lepas sukan semalam. So, tiap2 malam la aku buat masker ni. Alhamdulillah kulit muka balik pada warna asal.hehee. Btw, nanti muka akan rasa pedih2 sikit. Sekejap je rasanya. Nak jaga kecantikan muka kena la tahan ye dok.hee


Tu je la kut antara tips penjagaan muka yang biasa aku guna. Kalau korang ada tips yang lagi menarik sila lah share yer.heee

Btw, sekarang ni aku malaih sikit nak jaga muka ni. Yang masih setia aku amalkan minum ayaq kosong banyak2, bersukan and kekadang je buat masker lemon campur madu. Alhamdulillah muka takde la teruk sangat sekarang.heee


Hmmm sekarang cuti sem, duk kat rumah, haa boleh laa buat petua petui jaga muka *kening kening* Hehee
Tapi yang paling penting kan uolls, pasang niat tu leklok and selalu berdoa. Usaha, doa, tawakal. Peace yo!

Heee. Thanks for reading this entry. :)


No comments:

Post a Comment