BUDAK2 BAEK

Friday, November 8, 2013

Renungan - Hati dan iman. :')

Assalamualaikum.



Bismillahirrahmanirrahim. :)
Sekian lama tak berblogging, tetiba pulak kan. Entah la, mood menaip tetiba muncul.hee






Okei. entry kali ni just nak share berkaitan dengan penjagaan hati dan iman. Yer, hati. Bukan luaran je nak kena jaga, hati ni penting tau. Cantik dalaman, secara automatiknya luaran pun nampak cantik.
Jaga hati, jaga iman, hiasi peribadi. :)


Hati seseorang tu sukar nak tafsir kan.
Susah nak dijangka.
Well, macam hati kita juga. Kadang kadang tahu apa yang kita nak and kadang kadang kita sendiri pun tak tahu kan.

Iya, Allah tahu segala yang terlintas dalam hati kita. Hubungan dengan Allah dan hubungan manusia ni saling berkait. So, jagalah hubungan dengan Allah seelok eloknya in shaaa Allah hubungan dengan manusia pun takde masalah. Okei?

Dosa dengan Allah, andai bertaubat in shaaa Allah diampunkanNya, tapi dengan manusia? Andai terasa hati? Fuhhhhhhh berat nanang. Susah kan.
Yelah, bukan tak ada orang yang tak suka kita, yang sakit hati dengan kita or sangka buruk kat kita.


Tapi tu lah, cara layanan or berurusan dengan orang. Kita tak tahu kut kut ada TERsalah cakap, TERover bergurau, TERbuat salah dengan tak sengaja dan banyak TER lagi lah.

Andai tahu, apa salahnya cepat cepat mintak maaf. Tak rugi pun. Orang yang mintak maaf ni mulia, orang yang memaafkan memiliki jiwa yang besar. Kalau dah tahu buat salah tak perlu tunggu hari raya pun, mintak maaf terus. Acehhhh, cakap senang la kan.
Tapi kalau makin lama tunggu, tak tenang hati ni tau. Kang terjangkit virus kang.

Or maybe kalau seseorang tu buat salah, and dalam masa yang sama kita pun salah. So nasihatnya, jadi lah orang yang pertama mintak maaf dan memaafkan. Allah tahu hati kita. Yang penting ikhlas.


Mintak, doa pada Allah, jaga hati kita, jaga hati semua orang in shaaa Allah segala urusan dan niat hati kita pada seseorang dipermudahkanNya. :)





“ Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat “

Terjemahan surah Al-Baqarah – ayat 7


Menurut Mujahid seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Juraij : Allah mengunci hati mereka bermakna melekatnya dosa di hati kerana maksiat dan kekufuran yang dilakukan. Dosa itu menutupi hati dari melihat kebenaran.


  • Hadis Rasulullah saw tentang Iman


Dari Abu Hurairah, dia menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :

“ Sesungguhnya seorang mukmin jika dia mengerjakan satu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat, menarik diri dari dosa itu dan mencari redha Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah maka bertambah pula noda itu sehingga memenuhi hatinya. Itulah Ar-ran ( penutup ), yang disebut oleh Allah taala dalam firmannya :

“ Sekali-kali tidak (demikian ), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka “

( Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa-I, Ibnu majah)

Ibnu Jarir mengatakan berdasarkan dari Hadis diatas bahawa jika dosa itu telah bertumpuk dihati maka ia akan menutupinya, maka iman akan berkurangan dan ini yang dikatakan Allah mengunci mati hati mereka. Oleh itu maksiat akan menambah dosa dan sekecil-kecil dosa akan menutupi hati kita dari kebenaran. Solat tidak lagi khusyuk dan kita semakin malas menunaikan ibadah. Ulama telah menyatakan meningkatnya Iman adalah dengan bertambahnya kerajinan melakukan amalan solih dan meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa. Berkurangnya keimanan adalah dengan bertambahnya melakukan maksiat dan semakin malas melakukan amalan solih.



Jadi, sahabat sahabatku di luar sana, sama sama lah kita jaga hati, jaga iman. In shaaa Allah, hidup lebih tenang, walau ujian diberi, terima dan redha. Letakkan ALLAH dalam hati. :')



Thanks for reading this entry. :)

credit to Mr. Jack Frost, buat aku tetiba terasa nak update blog. :)