Assalamualaikum...
share2 sikit. =) lama tak berblog.hihihi.
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata,
“Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W
EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
••► Taubatku
hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W
diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T..
••► Pada mulanya
aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W
membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka
pakaian..
••► Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat
Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri
mereka..
••► Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T
dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W
derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka
bertaubat kepada Allah S.A.W..
Thanks for reading this entry.
No comments:
Post a Comment