BUDAK2 BAEK

Tuesday, August 9, 2011

Tips - rawat patah hati

Assalamualaikum...



hai sumerrr..
hari ni nak kongsi sikit berkenaan dengan tips untuk kembali bertenaga setelah mengalami kekecewaan. 
ada sesetengah orang kecewa sehingga tidak lalu makan.
ada juga kecewa, tetapi demi menyenangkan hati sendiri makan tanpa henti. hmmm...




kedua duanya memberi kesan ke atas kesihatan tubuh badan anda dan juga bukan satu tindakan yang bijak. akhirnya diri sendiri yang merana.
tubuh semakin kurus atau mungkin semakin berisi. korang pilihlah yang mana korang berkenan. memang ramai yang akan memilih tubuh semakin kurus kan, (bajet nak diet) tetapi adakah anda tahu atau pura pura tidak tahu (sebab nak kurus punya pasal) bahawa jika mengalami kekurusan sebegini ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan diri anda. walaupun badan kurus cekeding tetapi perasaan kecewa or patah hati itu akan tetap menyelubungi diri anda dan membuatkan minda tidak fokus, badan tidak bermaya dan hati tetap tidak tenteram yang mana hanya menambahkan lagi kesengsaraan diri okei.


so, korang janganlah terlalu ikutkan perasaan yer. kecewa tidak bermakna korang akan kecewa untuk ke sekian kalinya. korang bangun jangan duduk dan motivasi diri. cuba membuat sesuatu yang bertenaga, bersedia untuk menjalani diet menyihatkan dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan korang seterusnya okei? OK !


0oryte..
disini saya selitkan beberapa jenis makanan sihat yang kaya gizi yang membuat tubuh berasa senang walau sedang patah hati. hee :) (saper saper yang tak tahu maksud gizi tu sila rujuk kamus dewan edisi ke-3 muka surat 407.. muahehe) jahat duh..
okei kei. sambung baca.



1. Sup Sayur
semangkuk sup sayur yang hangat dengan sayur-sayuran akan membuatkan tubuh lebih nyaman, rileks dan pastinya lebih sihat. korang boley campurkan pelbagai jenis sayur, terutama sayuran berwarna-warni kasi santek itu hidangan and lebih menyelerakan duh..


2. Coklat Buatan Sendiri
mesti korang sumer tahu nak buat coklat buatan sendirik bukan.(gaya angkat turun kening)
APA tak tahu?(gaya kening terangkat tak turun turun ) huh, senang jer. kalau tak tahu, pegi mitak tolong dengan incik google,  dia mesti ada cara cara nak buat coklat buatan sendiri. jangan mitak tolong buatkan sudah. tapi pastikan korang pilih coklat gelap atau coklat pekat supaya dapat memenuhi keperluan protein dan kalsium korang. sekurang kurangnya, korang dapat menenangkan hati, sambil dapat mengalihkan perhatian kan? hehe.


3. Yogurt
kenapa yogurt? kenapa bukan aiskrim jer?
ok. berbanding aiskrim, ada baiknya korang pilih yogurt untuk membantu memulihkan perasaan sedih.
tapi kenapa?? kerana yogurt dapat membantu melancarkan pencernaan tubuh, menjadi sumber kalsium dan zat yang lain. lagipun, korang takkan rasa bersalah setelah memamam yogurt berbanding korang mamam aiskrim yang sememangnya terkenal dengan keTINGGIan keKALORIannya. so, ada baiknya korang pilih yogurt. :)


4. Buah Buahan
okei, yang ni last. korang pastikan dalam peti sejuk korang mesti ada stok buah buahan. korang potong kecil kecil dan jadikan ianya salad untuk korang nikmati di saat korang patah hati or kecewa. misalnya, sambil menonton televisyen, korang boleh menikmati hidangan ringan yang menyihatkan. lebih baik daripada korang makan kerepek or kuih muih yang manis or aiskrim or sebagai bagainya bukan? hmm.



so so korang, pilihlah jalan yang mendatangkan kebaikan kepada diri kita. bukannya memberi keburukan semata mata untuk menenangkan hati yang retak ini. (kalau retak boleh ajer ditampalnya plaster dan sapu minyak gamat sikit konpem sembuh. huahuahua, cuma kalau patah itu yang susah sikit iyer) heehee..



itu ajer tips hari ini. lain kali kalau ada tips tips lain boleh lah dak blur share share dengan korang sumer yer. sharing is caring. caring is loving. :)



Thanks for reading this entry.

6 comments:

  1. saya rasa bila makin kecewa makin sangat sangat sangat suka makan kot.hehe.

    salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  2. huhu.. samer la kiter.. makan banyak banyak takper, tapi makanan yang berkhasiatlah. hehe.

    anyway. salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  3. tips mkn yg bgus ni.kalo leh jgnla kcewa..tol x?=)

    ReplyDelete
  4. hehe lalu ke nak makan sup sayur bile kecewe?tawa je rasenye.hehe coklat yogurt dgn buah tue mmg sedap.xkeciwe pon hari2 nak makan.hehe =)

    ReplyDelete
  5. huhu.. tu ar. tak penah rasa lagi tu, makan sup sayur time kecewa. tapi kalau saya la, saya masak sup sayur lada hitam, kurangkan sikit rasa tawar tu..hehe. pastu tambah daging ayam sikit. mosti sodap la.. hehe. part coklat, yogurt dgn buah tu mmg hari2 makan pun tak jemu.huhu

    ReplyDelete