BUDAK2 BAEK

Tuesday, February 24, 2015

Updating life

Assalamualaikum w.b.t



Haa sebelum start mengarang karangan budak sekolah rendah ni, penggunaan bahasa diri rasa selesa guna 'aku' sebabnya rasa lagi dekat dengan blog ni kut. *macampelikjealasanni* Ala blog sendiri tak kesah la kan.hee Hmmm setahun something tinggal dunia blog. Pftttt. Tetiba rasa nak bergiat aktif balik. Since aku form 5 till now dah 5 tahun usia blog ni.hohoho Tapi entry tak banyak pun. Hampeh -_- Dakpe, yang penting ada jugak la input yg disharekan kannn.heee

Tak tahu nak cakap apa sangat, kena kenalkan diri balik la kut. Sekarang ni aku dah masuk tahun 2 semester 4 pelajar jurusan sains pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Sekejap gila rasa masa berlalu. Rasa cam baru je lepas spm.hehee *bajetmuda* Aku cerita la serba sedikit lepas spm tu, aku sambung program matrikulasi setahun di Matrikulasi Kedah kat Changlun. Jauh ar dari Kelantan, dah la takde sedara pun kat sana. Survive sensorang kutt. Yelaa dulu time sekolah, sekolah harian dekat rumah je. Mana penah p jauh2 ni. Kira okei la jugak, banyak pengalaman, kenangan tak yah cakap la, pahit, manis, masin, hempedu, masam, tengik semua ada.hahaa

Anyway, life kat sana memang best, rindu kutt. Dengan roomate yg sekepala semua. First time ada roomate kannn. Biasa la org tak penah duk asrama sebelum ni. Haa kalau cakap pasal homesick ke tidak, mengaku ar, 2 minggu rasa nak balik je, takde semangat nak belajar pun. Tapi Alhamdulillah :) semuanya dah settle dah grad dah pun. Tak caya? Nah, bagi gambar sikit.


 Ni gambar bersama kad undangan ke majlis graduation la ni. 
Kitaorang grad dulu before final exam tau. Kau hado? muehehe


Lepas habis matrik terus sambung amik ijazah jurusan sains pertanian. Even ni bukan first choice tapi bila dah dapat tu aku terima je. Bukan terus terima kontang kating camtu, buat la jugak research sikit pasal course ni. Alhamdulillah so far aku makin faham dan akan terus kekalkan momentum tu sampai aku grad insyaAllah tahun 2017 nanti. Nak citer pasal course aku amik ni, lebih 500 patah perkataan buat karangan. Kalau hantar pada cg ni sah kena reject sebab panjang gila, cg pun pening nak baca.

So, lain entry la pulak aku citer pasal apa yang aku belajar, life as uni student and apa yang berlaku sepanjang 2, 3 tahun sebelum ni. Okei, see ya! *lelambai*



Thanks for reading this entry. :)


No comments:

Post a Comment